Rabu, 7 September 2011
SEKAPUR SIREH
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Pendidikan Prasekolah seperti yang diuar-uarkan oleh Kerajaan merupakan salah satu komponen yang paling penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Justeru, pengisian dalam perlaksanaan setiap aktiviti adalah sangat penting bagi merealisasikan impian kerajaan bagi melahirkan warga yang berketrampilan dan seimbang dari segala aspek. Melalui penerbitan buletin dan juga laman informasi ini, diharapkan ibu bapa dapat mengetahui segala perkembangan dan maklumat yang terkini mengenai perjalanan aktiviti prasekolah khasnya Prasekolah SK Kampung Medan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan